top of page
Untitled design.png

#PRU15

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada 19 November 2022.
 

Apakah impian anda untuk negara yang tercinta? Adakah anda mempunyai harapan untuk masa depan yang lebih cerah? Bagaimanakah kerajaan baru boleh memperbaiki ekonomi negara?

BG1.png
IMG1.png

Mungkin anda nampak sesuatu yang menarik (e.g. pusat mengundi ditutup awal) pada hari pengundian. Anda juga boleh menceritakan pengalaman anda menjadi PACA pada hari mengundi.
 

Kongsi pendapat, pengalaman dan/atau harapan anda untuk PRU15 dalam format artikel atau video dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM11,500!

Image 3.png

Tempoh Kempen

Tempoh Penghantaran

17 Oktober - 25 November 2022

Tempoh penghantaran bermula dari 17 Oktober 2022 12:00 tengahari MYT - 25 November 2022 12:00 tengahari MYT

Tempoh Kempen

17 Oktober - 2 Disember 2022

Tempoh kempen bermula dari 17 Oktober 2022 12:00 tengahari MYT - 2 Disember 2022 12:00 tengahari MYT

Syarat Penyertaan

  • Anda boleh menghantar kandungan dalam format artikel atau video, dan mesti berkaitan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (e.g. pengalaman anda menjadi PACA, insiden yang menarik pada hari pengundian, harapan & impian anda dll).

  • Anda boleh menghantar kandungan dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau Mandarin.

  • Kandungan anda mesti mengandungi hashtag #PRU15 dalam tajuknya. Penghantaran tanpa hashtag dalam tajuk tidak akan dikira sebagai penyertaan untuk kempen ini.

  • Kandungan mestilah unik dan bukan disalin daripada sumber yang lain. Kandungan yang dihantar adalah eksklusif kepada Newswav dan tidak boleh dikongsi dengan media/penerbit lain. 

  • Peserta mesti kongsi kandungan yang diterbitkan dalam bentuk pautan Newswav (e.g. www.newswav.com/xxx) pada platform media sosial mereka dalam tempoh kempen.

Image 3.png

Cara Menyertai

1

2

Hantar kandungan anda

3

Kongsi pautan artikel/video pada platform media sosial anda setelah ia diluluskan & diterbitka

*Sila baca terma & syarat di bawah sebelum menyertai kempen ini

Image by Andrew Neel

Contoh Kandungan

Image 3.png

Hadiah & Pengumuman Pemenang

PILIHAN NEWSWAV x20

Newswav akan memilih dua puluh (20) kandungan yang terbaik selepas kempen berakhir, di mana setiap pemenang akan menerima RM500 masing-masing.

Image by Alexander Grey

HADIAH PENGLIBATAN TERTINGGI x3

Satu (1) kandungan Bahasa Inggeris, Satu (1) kandungan Bahasa Melayu, dan Satu (1) kandungan Mandarin dengan jumlah penglibatan tertinggi* dalam tempoh kempen akan menerima RM500 masing-masing.

 

*Penglibatan merujuk kepada reaksi, perkongsian dan komen tulen di Newswav

Image by Jason Goodman
NOTA: Setiap peserta boleh memenangi lebih daripada 1 hadiah
(e.g. Individu A boleh memenangi Pilihan Newswav dan Hadiah Penglibatan Tertinggi)

Pemenang Kempen #PRU15 akan diumumkan pada
16 Disember 2022
Para pemenang akan dihubungi melalui e-mel. Sila pastikan butiran hubungan anda adalah betul (termasuk maklumat pembayaran) semasa pendaftaran akaun.

Terma & Syarat

TEMPOH KEMPEN
   1. Kempen #PRU15 (“Kempen”) dianjurkan oleh Newswav Sdn. Bhd (“Penganjur”).
   2. Kempen akan bermula dari 17 Oktober - 2 Disember 2022 (termasuk kedua-dua tarikh) ("Tempoh Kempen").
   3. Tempoh penghantaran akan bermula dari 17 Oktober - 25 November 2022 (termasuk kedua-dua tarikh) ("Tempoh Penghantaran").

KELAYAKAN
   4. Kempen ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia ("Peserta") dalam kategori berikut:
        i) Pengguna Newswav
        ii) Berumur 18 tahun ke atas & menetap di Malaysia

SYARAT PENGHANTARAN KANDUNGAN
   5. Tempoh Penghantaran bermula dari 17 Oktober 2022 jam 12:00 tengahari MYT sehingga 25 November 2022 jam 12:00 tengahari MYT.
   6.  Kandungan boleh dihantar dalam format artikel atau video ("Kandungan"), dan mesti berkaitan dengan pilihan raya umum ke-15.
   7. Penganjur berhak untuk menolak sebarang penghantaran yang tidak berkaitan atau berkaitan secara paksa dengan tema.
   8. Kandungan boleh dihantar sama ada dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau Mandarin.
   9. Kandungan anda mesti memasukkan hashtag #PRU15 dalam tajuknya. Penghantaran tanpa hashtag tidak akan dikira sebagai penyertaan untuk kempen ini.
   10. Kandungan mestilah unik dan bukan disalin daripada sumber yang lain. Kandungan yang dihantar adalah eksklusif kepada Penganjur dan tidak boleh dikongsi dengan media/penerbit lain.
   11. Peserta mesti kongsi kandungan yang diterbitkan dalam bentuk pautan Newswav (e.g. www.newswav.com/xxx) pada platform media sosial mereka dalam Tempoh Kempen.

PEMILIHAN PEMENANG
   12. PILIHAN NEWSWAV x20: Dua puluh (20) kandungan yang terbaik akan dipilih oleh Newswav selepas kempen berakhir, di mana pemenang akan menerima Lima Ratus Ringgit Malaysia (RM500) masing-masing.
   13. HADIAH PENGLIBATAN TERTINGGI x3: Satu (1) kandungan Bahasa Inggeris, Satu (1) kandungan Bahasa Melayu, dan Satu (1) kandungan Mandarin dengan jumlah penglibatan tertinggi dalam Tempoh Kempen akan menerima Lima Ratus Ringgit Malaysia (RM500) masing-masing.
        a. Penglibatan merujuk kepada reaksi, perkongsian dan komen tulen di Newswav.
        b. Newswav berhak untuk tidak mengambil kira sebarang komen yang diduakan, tidak tulen, berniat jahat atau spam.
   14. Setiap peserta boleh memenangi lebih daripada satu (1) hadiah (e.g. Individu A boleh memenangi Pilihan Newswav dan Hadiah Penglibatan Tertinggi)
   15. Pemenang akan ditentukan sepenuhnya oleh Penganjur, dimana keputusannya akan dianggap muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

PENGUMUMAN PEMENANG & PENERIMAAN HADIAH
   16. Pengumuman pemenang akan dibuat pada 16 Disember 2022 melalui e-mel kepada semua peserta.
   17. Peserta yang gagal membalas e-mel dalam tempoh tujuh (7) hari akan dibatalkan hadiah secara automatik.
   18. Pemenang mesti membalas e-mel dengan salinan kad pengenalan mereka untuk tujuan pengesahan. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan hadiah mereka dibatalkan.
   19. Hadiah tidak boleh dipindah milik, ditukar atau dikembalikan dalam apa cara sekalipun. 

TERMA DAN SYARAT UMUM
   20. Semua kos dan perbelanjaan berkaitan dengan menghasilkan Kandungan dan penyertaan Kempen ini hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Peserta.
   21. Kandungan mestilah tidak kabur, menyalahi undang-undang, lucah, berunsur seksual, memfitnah, tidak melanggar hak undang-undang mana-mana pihak ketiga, dan tidak menimbulkan tindakan undang-undang sama ada terhadap anda atau Penganjur atau pihak ketiga (di bawah mana-mana undang-undang yang relevan dalam setiap kes). Kandungan Peserta mesti diteliti terlebih dahulu dan adalah benar.
   22. Penganjur berhak untuk menolak, menyunting atau mengedit mana-mana Kandungan Peserta mengikut budi bicara Penganjur, pada bila-bila masa.
   23. Dengan menyertai Kempen ini, Penganjur mempunyai hak untuk menggunakan Kandungan atau bahan yang diserahkan untuk kegunaan promosi atau komersial secara global.

PENGISYTIHARAN & KEBENARAN
   24. Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menangguhkan, menjadualkan semula dan/atau melanjutkan Tempoh Kempen dan/atau menamatkan Kempen pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
   25. Penganjur berhak untuk meminda mekanik, hadiah, dan terma & syarat Kempen, serta aspek lain Kempen mengikut budi bicara mutlaknya tanpa notis terlebih dahulu.
   26. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta dianggap telah membaca dan memahami serta telah bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat (“Terma dan Syarat”) yang dinyatakan di sini (termasuk yang diubah).

bottom of page